Budaya dunia Melayu hanya milik Indonesia?

Inang sedih bila berlaku pertelingkahan antara bangsa serumpun dan SEAKAR UMBI, hanya kerana yg satu merasakan budaya dunia Melayu adalah miliknya secara eksklusif. Kalau berterusan pasti rumpun Melayu akan mengecil dan hanya berkisar dalam satu negara. Tak heran kenapa Singapura menjadikan budaya Cina sebagai budaya nasional walaupun mereka adalah sebahagian rumpun Melayu. Apa yg berlaku di dalam rumpun Melayu ini tak pernah berlaku kepada mana mana rumpun bangsa lain di dunia! Wajarlah rumpun bangsa Melayu selalu ditertawakan oleh masyarakat dunia, selalu menjadi yg pertama dlm perkara perkara yg merugikan! Sedih sangat!

Artikel di bawah Inang ambil dari komen di blog Rakyat Kelantan

Anonymous said...
ini ada emilnya gua baru terima dari teman2 indo
Menyikapi polemik soal budaya bangsa kita, sudah saatnya kita dewasa..
Bahwa, ketika bangsa kita menjadi bangsa besar.. banyak yg harus berubah.
Sudah saatnya kita "rela" sharing kebudayaan dengan masyarakat dunia..
Di alam modern yg menganut Globalisasi, ada aturan main yg baru.. tidak kuno lagi.
Antara lain, bahwa nilai-nilai budaya sudah menjadi Public Domain..
Apalagi, ditunjang dengan banyaknya bangsa kita yg jadi imigran..
Ketika sekelompok etnis berimigrasi.. pasti mereka membawa budayanya turut serta..
Demikian juga anak bangsa kita yg jadi imigran di Manca Negara termasuk Malaysia.
Mereka juga membawa adat istiadat juga agamanya.. ketanah yg baru..
Mungkin saja merka sudah begitu semenjak Indonesia belum Merdeka !
Berapa banyak suku Jawa yg sudah menetap di malaysia (malaya) sebelum tahun 1945 ?
Berapa banyak juga yg menetap di Suriname sejak jaman penjajahan Belanda..?
Pertanyaannya, apakah mereka tidak boleh membawa budaya Nenek Moyang mereka ?
Bisa saja bentuk budaya tsb adalah: wayang, reog, debus, batik, tempe dll..
Apakah mereka harus meninggalkan budaya Indonesia, sementara ketika itu Indonesia belum lahir ?
Tahukah anda, bahwa yg melakukan peristiwa budaya di manca negara itu adalah etnis yg sama..
Artinya, mereka adalah keturunan etnis yg juga sama dengan di indonesia..
Bedanya.. mereka bukan lagi (atau sama sekali tidak) warga negara Indonesia..
Sejak turun temurun sebelum kita merdeka, kakek/nenek mereka memang hidup disana..
Kesimpulan:
Sesuatu yg disebut sebagai "Budaya" adalah milik etnis per etnis, bukan milik Indonesia !
Sebuah peristiwa "budaya" telah lahir jauh sebelum adanya Republik Indonesia..
Etnis/Suku ybs adalah berhak penuh atas karya budaya nenek moyangnya..
Indonesia hanya berhak mengatur Budaya dalam konteks Hak Kekayaan Intelektual.
Mengapa kita tidak malu dengan negara-negara besar yg gak pernah ribut soal budaya?
Suku Indian tidak pernah marah, ketika sekarang banyak yg merokok.. padahal itu budaya mereka.
Negaranya Beethoven, Mozart dll gak pernah melarang kita bermain musik Klasik..
India tidak marah ketika Tabla sudah menjadi ciri khas lagu dangdut di Indonesia.
China tidak pernah protes, ketika orang asli indonesia juga ikut menampilkan Barongsay..
Amerika tidak keberatan, Band diseluruh dunia menggukan alat musik temuan bangsanya..
Portugis diam saja, ketika kita mengakui Musik Keroncong sebagai tradisi kita..
Terlalu banyak daftar yg harus saya tulis..
Ternyata bangsa-bangsa besar tsb tidak mau berpolemik untuk hal-hal seperti itu..
Mereka lebih memilih terus berkreasi dan menjadi maju, daripada berkutat persoalan itu-itu saja.
Apakah ini pertanda.. memang bangsa kita selalu "kurang kerjaan" ?
Tahukah anda, bahwa sebuah karya seni akan menjadi Public Domain setelah 50 tahun?
Jadi, segera hentikanlah klaim meng klaim asal usul sebuah karya seni..
Sebuah hasil Masterpiece jauh lebih dihargai dari sekedar predikat sebagai pionir..
Contoh: kita semua tahu, siapa Leornado Da Vinci.. tahukah anda siapa penemu cat nya !
Penting banget gak sih?

14 comments:

  1. to inang manja yang suka menjeling-menjeling tu..

    artikel yang diletakan di blog rakyat kelantan tu saya ambil dari..

    http://penipuan-jawa.blogspot.com/

    saya bukan promosi blog ini.. sekadar berkongsi komentar yang bernas sahaja.. dan setiap individu memang berbeza pendapat.. btw blog inang ni pun ok juga.. bermaklumat..

    salam ramadhan dari kuala lumpur...

    from Anonymous

    ReplyDelete
  2. Hi Anon... itu jelingan manja tau! Hehehe... Inang gurau. Thanks yer sebab dah singgah sini dan bagi Inang blog tu, Inang dah pergi very interesting. Inang baru cuba cuba nak buat blog umum mcm ni. Sebelum ni blog Inang lebih pada diary and album pribadi. Wished u had told me ur name. Thanks yer...

    Wasallam

    ReplyDelete
  3. Salam to Inang Manja yang suka menjeling manja tu.. sama-sama ler..

    :)emm.. sebenarnya jelingan Inang memang manja malah tersangatlah mengoda ya.. hahaha.. betul saya tak gurau.. heee..

    baguslah kalau Inang berkebolehan dalam menulis, teruskanlah percubaan berblog, kalau ini boleh buat inang happy selalu..teruskan.. teruskan.. jangan ragu-ragu.. ada masa saya datang menjengok-jengok kat sini mencari info..

    kegembiraan/keceriaan itu bukannya terletak pada berapa saiz seluar jean kita..tetapi kenal siapa diri kita sebenarnya dan apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian itu yang membuat kita gembira...heee

    Btw.. ada link.. antara penulisan yang agak simplistik yang agak mudah dibaca dan membuka minda.. saja-saja je dari saya..ok.

    http://ricecooker.kerbau.com/2007/08/11/hishamuddin-rais-50-tahun-terang-bulan-terbarai/

    salam ramadhan dari kuala lumpur...

    bagai ikan di air
    From Anon yang pantang kena jeling...

    ReplyDelete
  4. Hi secretive Salman, tks yer for the blog. Bolehlah Inang browse bila takda kerja. Sebenarnya sayang, Inang bukan pandai sangat menulis ni tapi setakat buat orang faham tu bolehlah. Bila jauh dari tanahair, Inang rasa rindu dan rasanya cinta pada negara tu besar sangat. Itu yg Inang buat blog ni saja sambil tu boleh juga nanti kawan2 Inang kat sini yg nak tauj pasal bangsa baca jer blog Inang.

    Sayang, apa maksud u dengan kegembiraan/keceriaan itu bukannya terletak pada berapa saiz seluar jean kita..? Apa maksudnya tu? You ni kan sayang betul2 bagai ikan di air..

    ReplyDelete
  5. Hi! Inang yang Manja..,
    Inang ni.. manja betul bila menulis, penulisan penuh dengan kasih sayang, terlopong mulut saya bila membacanya.. hehe..

    apa yang saya tulis tu... ntahlah nak kata peribahasa pun bukan.. tapi yang pakar peribahasa ni Inang lah orangnya kan..
    maksud patah perkataan tu lebih kurang:
    " kegembiraan itu bukanlah terletak pada saiz badan/rupa paras kita"
    maksudnya umum, ada orang yang memiliki segalanya di dunia ini, tapi masih bersedih/tak suka kerana rupa paras/fizikal kurang menarik/gemuk/tak cun/tak hansem/dll.. lebih kurang gitu le.. harap2 Inang faham...(jangan salahfaham, saya tidak kata Inang yang manja ni macam tu..)

    orang yang pandai menulis dan pandai berbicara tu sememangnya satu kelebihan, tapi boleh menulis/berbicara dengan penuh kasih sayang tu pun dikira kelebihan juga,

    Kita boleh berbicara sebanyak mana yang kita mahu, selepas mendengar orang akan berpaling dan melupakan segala kata2 kita. tetapi perkara yang tidak dapat dilupakan/dikenang sampai bila2 ialah dari kata2 yang menyentuh/touching perasaan pendengar/pembaca.

    merantau di negeri orang juga satu kelebihan.. tetapi bila mendengar lagu P.Ramlee/anak dangang
    pasti hati menjadi sayu dan pilu.. sabarlah.. seperti bangau yang terbang tinggi, akhirnya.....................juga.

    akhir kata.. hidup ini bagaikan aiskrim, nikmatilah sebelum ia cair.

    yang memiliki satu rahsia.

    ReplyDelete
  6. You nikan Secretive Salman, memang patut pun Inang panggil secretive tau... sengaja suka buat Inang tertanya2. Apa pun Inang memang agree dgn apa yang u kata tu - kegembiraan dan kebahgiaan bukan terletak pada berapa banyak harta kita atau rupa paras. Inang nak tambah, kebahgiaan terletak pada hati yg sentiasa redha dengan qada dan qadar Allah, bersyukur dan berusaha untuk membahgiakan diri dan org sekeliling kita.

    Sayang, Inang bukan pandai sangat peribahasa... tapi Inang sayangkan peribahasa Melayu, sebab orang Melayu memang terkenal dengan tutur kata yang beralas. Mesej yang hendak diberikan difahami tanpa melukakan atau memalukan org yg dituju. Itu rasanya keunikan dan sebenarnya kekuatan orang Melayu yang sayangnya dah semakin pudar dilupakan. Sayang ada komen ker pasal ni? Peribahasa yang Inang tulis tu Inang ambil dari buku peribahasa Inang. Inang buat blog ni bukan ada motif politik, perkauman lebih2 fitnah, Nauzubillah! Inang cuma cuba nak kenal bangsa Inang dengan lebih baik dan share dengan sesiapa yang minat.

    Secretive Salman, u tak selesa ke sayang Inang tulis macam ni? Maafkan Inang yer, sebab ini dah memang cara Inang, kalau dalam perbualan pun inilah cara Inang. Dalam BI Inang suka pakai 'dear, darling, honey, sweety, etc'. Dah terbiasalah sayang, Inang faham ada orang tak suka. Ada org kita yang kata Inang macam2, Inang cubalah juga nak ubah, tapi 'it's so not myself' jadi maafkan Inang yer.

    Inang sadar dan bersyukur dengan nikmat pemberian Allah, Inang dapat belajar, kerja o/seas bersyukur sangat. Tapi Inang rindukan lagu2 dan film2 Melayu, terutama P. Ramlee!

    Oklah sayang,Inang dah bercakap panjang lebar pulak... thanks...

    ReplyDelete
  7. My Dear,
    Inang Manja yang dipenuhi dengan kasih sayang..

    Frankly speaking.. saya cukup senang membaca komen Inang tu.. malah kali ni baca sambil tersengeh-sengeh pula, sampai ke telinga senyumnya.. hehe..

    Mulut manusia mana boleh kita tutup, ada je yang tak kena, seperti cerita seorang tua dengan anak kecil dan seekor kaldai... mesti Inang tau cerita ni. tapi apapun kita ambil kritikan dari sudut positif. Alah Bisa Tegal Biasa, yang penting buang rasa iri hati dan hasad dengki, insyaallah selamat dunia akhirat.

    Orang melayu memang beradab malah diajar dari kecil lagi supaya menjaga tutur kata, peribahasa atau kata2 berkias seperti memberi perumpamaan2 supaya mudah difahami dan tidak menyinggung, sama juga cara kita berdakwah mesti mengunakan kata2 yang lembut dan bijaksana. kerendahan tuturbicara melambangkan ketinggian jiwa, kita akan disenangi ramai.

    orang yang memahami/beriman dengan rukun iman ke6/percaya kepada qada dan qadar. secara ringkas, jangan berbangga2 dengan apa yang dimiliki, Allah swt membenci orang yang suka berbangga2 dengan apa yang diberiNya,
    jangan menyesal/bersedih setelah kehilangan sesuatu.. seperti menyebut 'kalaulah' adalah dilarang setelah kita kehilangan/terlepas hakmilik kita. redha untuk mendapat keredhaan dari Allah swt.(hai! macam ustaz celup pula saya ni ya..)

    Apapun Inang, menjadi diri sendiri tu lebih senang, kalau kita cuba ubah identiti nanti orang kata buang tebiat pula hehe...

    Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman, tambah bagus lagi dengan kata2 sayang.

    Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

    akhir kata...Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

    Wassallam

    yang menanti pertanyaan

    ReplyDelete
  8. Secretive Salman, terima kasih sayang sebab faham apa yang Inang katakan. Inang setuju sangat dengan semua yang u tulis di atas tu.

    Menjadi diri sendiri, selagi tak menggangu orang lain dan masih dalam batasan adab dan agama, lebih senang dari berpura2. Inang paling tak selesa kalau dengan orang yang pura2. Munafik sangatkan sayang?

    Walau Inang sedar yang Inang jauh dari sempurna, tapi Inang selesa jadi diri Inang sendiri dan cuba seupaya untuk baiki diri...InsyaAllah.

    Sifat2 munafik, takbur, syirik insyaAllah sentiasa Inang jauhi. Sayang, takdelah Inang kata u ustad celup! Inang terima kalau orang tegur dan ingat2kan Inang untuk kebaikan. Sifat ego dan emotional Inang rasa akan hanya merugikan diri sendiri. Betul tak sayang?

    You nikan sayang, kalau tak tutup komen you dengan sesuatu yang buat Inang tertanya2 macam tak complete, banyak yang Inang nak tanya tapi takpelah kalau ada kesempatan bolehlah tanya.

    Sayang tentu dah nak masuk tidur sekarang ni, good night sayang!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. My Dearest,
    Lovable Inang Manja, memang sengaja saya suka meninggalkan kata2 yang menjadi tanda tanya, entahlah.. mungkin dah jadi tebiat kot.. bila Inang mula mengelarkan saya sebagai 'secretive', saya mula tersenyum sendirian.. betul juga gelaran tu.. pandai Inang meneka..hehe, lagi pun orang perempuan kan suka perkara yang rahsia2 ni.. haha.

    Memang usik mengusik tu membangkitkan satu kemesraan walaupun tidak pernah bersua.
    usik mengusik dengan sahabat/kenalan baru tu ok ape! cuma kena sesuai pada masa/tempat dan jangan berlebihan dah le..
    peacefull and loving.. that malay to me.. sopan dan adat..takes prio-ree-tee.. yang penting jagalah hati.

    Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Seperti bersifat

    EGO, Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.

    PEMARAH, Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.

    PENDENDAM, Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    RIAK, Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.

    HASAD DENGKI, Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain, walaupun orang itu tiada salah pun dengan dirinya.

    Dengan kawan/kenalan kita tidak boleh elak
    dari terasa/berkecil hati.. biasalah susah nak memenuhi/gembirakan hati semua orang, hati sendiri pun nak dijaga juga.

    Selalunya wajah kita sentiasa mengukir senyum, tetapi hati terhiris siapalah yang tau ..tik..tik..tik.. sedih bila mendengarnya.

    Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. Wallahualam

    akhir kata, Wanita yang solehah/baik itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

    Wassallam,

    PEREMPUAN ITU SATU ANUGERAH...

    ReplyDelete
  11. Secretive Salman sayang,
    Inang bukan meneka, Inang boleh ‘sense’ dari nama tu. Amboi sayang oii siapa cakap perempuan suka perkara rahsia2? Ni mesti darling u ni yang suka rahsia2, tak semelah sayang…

    Betullah sweety, kenapa ya? Kita macam mesra jer sedangkan Inang tak kenal u siapa… Inang mengusik macamlah Inang dah kenal hati budi u, kan sayang, mudah2an takda yang menyinggung perasaan yer.
    Inang suka sangat vid clip tu, it’s soooooo cool! Kreatif sangat, itulah Melayukan sayang? Tak emotional, tetap bersopan dan berbahasa tapi mesejnya jelas. Itu sebab Inang postkan kat sini. Sayang suka tak?

    Sayang, Inang suka dengan apa yang u tulis pasal ego, pemarah, pendendam, riak, hasad dengki tu. Tak banyak orang yang sedar perkara2 tu. Inang harap u memang maksudkan apa yang u tulis, insyaAllah Inang akan sentiasa jadikan perkara2 tu sebagai sempadan dlam hidup. Sayang, darling, kenapa u cakap macam tu eh? Kenapa u cakap “Selalunya wajah kita sentiasa mengukir senyum, tetapi hati terhiris siapalah yang tau” Eh kalau Inang ada menyinggung perasaan u, Inang minta maaf! Inang tak pernah langsung nak menyinggung perasaan sesiapa, apalagi u sayang…

    Secretive Salman dear, Inang hargai seme nasihat2 dan kata2 u yang selalu mengingatkan. Nauzubillah, sifat terleka dengan dunia, selalu Inang minta dijauhkan. Sayang, apa pandangan u pasal ‘wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik’?

    Salam sayang...

    ReplyDelete
  12. Dearest,
    Lovable Inang Manja,.....yang jauh tapi Mesra.
    Hai! Tak salah pun kalau Inang berminat dengan rahsia ni.. sama je lelaki/perempuan yg penting pandai jaga rahsia demi kebaikan semua orang.
    Biasanya orang yang memiliki 'sense' mudah memahami org lain (memiliki daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, betul tak?

    Mungkin bermula dengan usikan.. terasa ada kemesraan.. ya.. teman tapi mesra.. semoga kita sentiasa senang berbicara dan berkongsi info..
    Komen di vid clip tu Inang tak perasan ke? Saya lah yang paling atas dok happy sorang2.. hehehe
    memang santai..

    Inang senang dengan apa yang saya tulis.. oklah. Saya bermaksud/jujur bila menulis, harap sense U pun dapat merasainya. Saya pun senang hati/tak tersinggung pun... haha
    Kita sentiasa mengukir senyum biasalah.. tetapi bukan semua orang boleh tahu/berkongsi cerita kedukaan/masalah di dalam hati, walaupun dengan ahli keluarga sekalipun. ini soal hati...

    Kenapa Hati perlu dijaga..
    Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

    Pandangan I pasal ‘wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik’..
    emm..emmm..emmmmm.. selalunya semua orang inginkan pasangan yang baik. Saya akan melihat kepada sifat seperti ini:

    Wanita yang gagah..hehehe
    Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
    1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
    2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
    3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
    4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

    Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

    Bagi wanita carilah lelaki yang cantik...hahaha

    Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
    1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
    2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
    3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
    4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
    5) Lelaki yang baik sangka
    6) Lelaki yang tak pernah putus asa

    Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad saw adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.. WallahuAllam.

    Dan saya mendoakan Inang menjadi perempuan yang gagah juga...heee dan di jodohkan dengan lelaki yang cantik..haaa

    akhir kata..Janganlah mencari suami/isteri, tapi carilah ayah/ibu bagi anak-anak.

    Wassallam,

    Tanyalah apapun jikalau Sudi..

    ReplyDelete
  13. Salam terakhir buat Lovable Inang Manja,

    Terima Kasih banyak2 buat Inang kerana sudi melayan segala celoteh2 saya yang tersebut di atas dengan penuh kasih sayang, sememangnya pertemuan di ruang komentar ini ada secara tidak sengaja/ketentuan, segala yang ditulis adalah dari luahan hati yang terbuka dan bermaksud jujur dan tidak berniat untuk mepermainkan perasaan Inang, saya juga memohon maaf atas segala/apa-apa saja kesilapan dari kata-kata yang menyinggung perasaan Inang.

    Terima kasih, terima kasih dan terima kasih,
    Maaf, maaf dan maaf.

    akhir kata.. saya hanya berimaginasi yang kita dapat melakukan seribu perkara bersama-sama..

    Asalamuallaikum..

    Salman nama sebenar ku dan ia bukan menjadi rahsia lagi...

    ReplyDelete
  14. Mana Inang dah dekat 2 minggu tak tulis dekat sini? Inang sehat tak? Inang akak harap Inang tak apa apa, teruskanlah buat blog jangan merajuk? Mana Inang, risau akaklah.

    Melur

    ReplyDelete