Dirgahayu Malaysiaku, Negaraku tercinta!



WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
 ------------------------------------------------------------------------------------------------
SEJAHTERA MALAYSIA

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Patriots are you, me, and thousands of others like us standing firm for our country — William McGinnis

31 comments:

  1. 2Day

    2Day aku seperti biasa selama 52 tahun ini
    aku akan bangun lambat
    katakan apa sahaja
    surahkan pelbagai hadis
    tunjukan setiap kitab
    kau taburlah pelbagai janji
    2Day aku tetap akan bangun lembat

    tidur lebih enak dari segala galanya

    tidur dan bangun lewat pada
    pagi 31 Ogos adalah tanda penentangan

    tidur meninggi hari pada pagi 31 Ogos
    adalah cool

    tidur meninggi hari pada 31 Ogos
    adalah tindakan revolusineer

    ReplyDelete
  2. Manusia yang tidak menghargai dan mencintai negaranya adalah manusia yang tidak mensyukuri nikmat tuhan yang esa, dan manusia ini tidak akan tenteram berada di dada pertiwi, tanah pusaka yang berdaulat dan akhirnya akan membawa kehancuran pada dirinya sendiri. Seumpama Yahudi bani israel sehingga Allah mengharamkan tanah Palestin ke atas mereka. Pemerintah boleh ditukar ganti, negara tetap satu saja.

    Pada Inang Manja, akak ucapkan Selamat hari kebangsaan dan selamat berpuasa. Walau jauh dirantau masih ingat kat tanah air ya. Baguslah Inang ni, semangat macam tulah yag kita nak jangan jadi macam sesetengah warga yang duduk makan minum beranak pinak kat negara ni tapi tak pandai hargai jasa ibu pertiwi. Wasallam

    ReplyDelete
  3. Hi Inang bukan main patriotik lagi, baguslah itu yang kita nak dari rakyat Malaysia. Negara kita mungkin akan menjadi lebih baik kalau dulu Dato' Onn Jaafar (DOJ) tak kaki merajuk. DOJ maukan UMNO dibuka kepada semua penduduk Malayan/Persekutuan Tanah Melayu tanpa mengira kaum dengan tujuan menyatukan semua kaum sebelum menuntut kemerdekaan. Tapi beliau merajuk dan keluar UMNO bila ditentang oleh ahli parti/org Melayu. Tuanku Abd Rahman (TAR) ambil alih dan dia hanya menurut kehendak ahli masa tu yang mendesak kemerdekaan walau sebenarnya Malaya belum bersedia. TAR jugalah yang main pakai muat lagu kebangsaan, bendera dan menciptakan pesaing dan musuh di pintu masuk kita. Inilah yang diwariskan oleh TAR dan Perikatan kepada kita selain parti berasaskan perkauman dan sistem pendidikan berasaskan kaum. Mungkin Malaysia akan lebih kukuh dan maju jika DOJ bertahan dan strategy DOJ iaitu menyatukan kaum kaum di Malaya terlebih dahulu sebelum menuntut merdeka berjaya, kita taklah masih bercakap soal perkauman selepas 52 thn merdeka.

    ReplyDelete
  4. Begitu ramai nampaknya yang mempersolkan cara kemerdekaan dicapai dll yang sewaktu dengannya. Apa2 pun biarlah ianya menjadi sejarah untuk memberikan kita pengajaran dan keinsafan agar kita lebih memerdekakan pemikiran kita, dan juga agar kita menjadi lebih maju dengan wasasan dan acuan kita sendiri. Fikirlah dan sisipkan dalam fikiran kita, bukan apa jasa negara pada kita tetapi apakah jasa kita pada negara, agama serta bangsa! ( Ehem..tetapi bangsa dan agama lain tak dilupa juga kan... mcm yang selalu bangsa Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa ni selalu buat) Selamat maju jaya kepada semua yang berfikiran positive seperti Inang Manja.

    ReplyDelete
  5. uhuk!..uhuk! uhuhk!.. eh! ada orang sebut nama aku ku ke...?

    Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

    Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

    Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

    Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

    Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

    Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

    ReplyDelete
  6. Cantik sungguh puteri Palembang,
    Sayang bersunting bunga pudak;
    Betapa keras dilambung gelombang,
    Kucacak tiang, kulayar jua.

    Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

    Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

    Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

    Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

    Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

    ANWAR IBRAHIM

    ReplyDelete
  7. Saya nak minta maaf ya, tapi saya kalau apa yang diucapkan oleh Pak Nuar ni susah nak yakin. Orang yang memburuk burukkan negara sendiri kat persada dunia termasuk di Indonesia, untuk kepentingan pribadi, bukanlah orang yang patut dijadikan contoh untuk memimpin negara dan tak cakapnya cuma cakap kosong. Saya dapat tau, Pak Nuar nilah yang mula mula buka cerita kat indon pasal rakyat dan kerajaan malaysia arogan @ bongkak. Dia jugalah yang memberitahu orang indon lagu rasa sayang hei dan negaraku/terang bulan memang hak indon. Pak Nuar dan bala tenteranyalah yang dengan suksesnya menjalankan kempen kat luar negara untuk memburukkan nama negara dan dialah yang mula mempersoalkan tarikh hari kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh seluruh Malaysia! Dialah yang menimbulkan tarikh hari malaysia 16 september. Dulu masa Pak Nuar dalam kerajaan kenapa dia tak ubah tu semua? Sepatah kata kat bawah tu sekilat ikan diair dah tau jantan betina...

    ReplyDelete
  8. Satu lagi, Pak Nuar cakap pasal kebebasan. Dia nak kita jadi macam indonlah, bebas berdemo, menghentam org sesuka hati menyusahkan orang banyak untuk kepentingan peribadi beberapa orang. Cuba tengok kat indon, tiap tiap hari ada demo, pecah sana sini, jalan sampai jem berbatu sebab demo, polis takleh buat apa apa sebab atas dasar 'kebebasan'. Tengok apa imej indon kat mata dunia? Tengok apa kemajuan dia?Kita nak macam tu? Indonkan memang negara pujaan hati Pak Nuar dari dulu, kempen 'REFORMASI' dia sejajar dengan reformasi indon, 'adik angkat' 'abang angkat' 'mak bapak angkat' dia semuanya org indon. Hasil reformasi kat indon tu cuma kebebasan yang lebih banyak bawa masalah dari yang diharapkan. Rasuah masih berleluasa, kehakiman, polis masih sama tak reliable, berapa kali dia tukar pemerintah gitu juga! Rakyat makin derita. Pak Nuar tau denga sedar yang media dan rakyat indon boleh memporak perandakan negara kita juga!

    Sebaliknya Lee Kuan Yew pernah kata kat negara dia, bahawa negara SEA masih dihuni banyak rakyat yang masih mengamalkan sikap 'gangsterism' kebebasan penuh ala USA bukan saja akan membantutkan pembinaan bangsa dan negara, tapi akan menghancurkan apa yang telah terbina. Sikap tegas selain cekap dan bersih mesti ada pada pemerintah untuk memastikan agenda kemajuan negara tercapai. Cuba tengok SIngA bandingkan dengan GaRuda. Ada otak pikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih saudara/saudari Anon di atas. Saya pun ada info mcm yang anda beritahu itu dan nak juga tulis kat ruangan ini, elok pulak dah orang dah letak dulu sebelum saya. Susah nak jumpa tokoh yang betul2 negarawan seperti idola saya tu...Dr M. Saudara " Aku pun Melayu " pun ada memberi info tentang IMF dan new world order tempoh hari kan,tapi kenapa hari ni mention nama orang kat atas tu?

    ReplyDelete
  10. Oh ok, saya dah check balik. Info IMF etc tu ditulis oleh another Anon, bukan "Aku pun Melayu". Patutla..
    By the way Inang Manja dear, Ada satu cadangan ni, at least commentor kena tulis nama (samaran pun jadi la)di hujung komen mereka sebab confuse jika letak Anon ni.

    ReplyDelete
  11. salam,
    cuba2 la jengah ke
    http://mistisfiles.blogspot.com
    banyak info pasal nusantara & melayu di blog tersebut

    ReplyDelete
  12. Walau apa pun, negara kita aman. Mesti bersyukur, kita sembahyang kat mesjid ke kat gereja ke kat kuil ke, kita tak takut takut kena bom. Tak takut nak ada demo kat sana sini.
    Baru sekali tuhari demo ISA kat Jln TAR, saya tengah dok shopping kat situ cemasnya tuhan aja yang tau, belum huru hara apa baru demo giru ja dah dok cemas gila. Ada orang yang pitam kesian sunggoh, baik polis tolong. Selisih janganlah lagi kekalkanlah keamanan negara kita ni.

    ReplyDelete
  13. Asalamualaikum...manjang pm duk menipu kami2 yg duk kat bawah ni...
    bagus betoi lah slogan rakyat didulukan ni...janji rege minyak ron 95 $1.75sen mak aiii...alihalih $1.80sen pulak dah...mcm tu maksudnya minyak yg lani ni takder kualiti lah kan no...sbb selalunya kalu kata tak naik maksudnyer naik kalo minyak yg dijual dulu di canang kurang kualiti makna minyak tu ada kualiti..yg la ni takder kualiti walo dicanang ada kualiti...gayanyerrrrrr.....
    ooooo...pasai kalah kat matang pasir yeee....tu pun najib manjang nak buat postmortem...tak faham2 lagi keeeeeeee org2 atas umno ni...

    ReplyDelete
  14. Kemerdekaan tidak ada erti lagi kerana pemimpin Melayu masa kini sudah bergelumang dengan amalan RASUAH.

    Tiada maaf bagi mu !!

    Pengkhianat bangsa !!

    Harapan anak cucu kita telah hancur musnah akibat dari amalan rasuah yang berleluasa di lakukan oleh pemimpin Melayu.

    UMNO yang di harapkan telah dinodai oleh pemimpin perasuah.

    HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !!

    Pemimpin UMNO dayus !!

    Saya cabar Najib dan semua pemimpin UMNO supaya berbalik ke pangkal jalan. Pemimpin UMNO telah jauh sesat. Jika UMNO tidak dapat di pulihkan dengan segera maka akan hilanglah maruah Melayu selamanya.

    Anak cucu kita akan jadi bangsa "pariah" dalam negeranya sendiri

    ReplyDelete
  15. FAKTA YANG WAJIB KETAHUI

    Selalu para cik gu dan para gedebe berkata negara Malaysia ini berlandaskan Pelembagaan Persektuan Tanah Melayu yang dibuat pada tahun 1956. Tanah Melayu menjadi pesektuan negeri-negeri Melayu berasaskan semangat Perlembagaan ini.

    Ini bohong.

    Perlembagaan itu telah jadi cerca merba.

    Semenjak Merdeka tahun 1957 – telah ada 600 pindaan Perlembagaan negara kita ini. Enam kosong kosong. Enam sifar sifar. Enam ratus kali ianya dipinda dalam masa 53 tahun.

    Bandingkan dengan Amerika Syarikat yang memiliki Perlembagaan yang berumur 232 tahun yang hanya ada 27 kali pindaan. Dua puluh tujuh kali dalam masa dua ratus tiga puluh dua tahun.

    Justeru jangan kelentong mengatakan rakyat wajib sujud pada perlembagaan. Ini telah jadi perlembagaan yang diubah suai oleh United Malays National Organisation. Tiap kali kena tibai oleh rakyat – ubah perlembagaan.

    Jangan kata rakyat tak patriotik. Rakyat memang tak

    ReplyDelete
  16. Justeru jangan kelentong mengatakan rakyat wajib sujud pada perlembagaan. Ini telah jadi perlembagaan yang diubah suai oleh United Malays National Organisation. Tiap kali kena tibai oleh rakyat – ubah perlembagaan.

    Jangan kata rakyat tak patriotik. Rakyat memang tak patriotik pada Perlembagaan yang telah dipinda pinda lari dari semangat Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia.

    ReplyDelete
  17. SELAMAT BERBUKA PUASA

    BERBUKA APA PETANG INI

    bagaimana agaknya petang ini di jenin
    bagaimana agaknya petang ini di gaza
    bagaimana agaknya petang ini di jalalabad
    bagaimana agaknya petang ini di kabul

    berbuka puasa apa petang ini di baghdad

    mereka yang di bagram
    mereka yang diguantanamo
    mereka yang di evin
    mereka yang di kamunting

    agaknya pukul berapa mereka bersahur

    sebelum memakan sebutir tamar
    sebelum meneguk secangkir serbat
    sebelum menggigit seketul apam
    sebelum menghisap sebatang keretek

    ketika berbuka petang ini
    ketika memandang juadah terhidang
    ketika menunggu loceng berbunyi
    ketika siang berganti senja

    tanyakan pada diri
    apa dia berbuka di kamunting
    apa dia berbuka di guantanamo
    apa dia dia berbuka di evin
    apa dia berbuka di bagram

    selesai bertanya nikmatilah juadah

    ReplyDelete
  18. Semua orang tak suka rasuah, tapi adakah segelintir orang UMNO je yang rasuah. Orang lain dari kumpulan lain pun ada yang rasuah kan, lihatlah sendiri dan fikirlah sendiri. Jadi siapakah the best among the worst? , tanya sendiri dalam hati.
    Di Malaysia tercinta ini ada orang yang susah dan ada orang yang senang dari semua agama dan bangsa, sedangkan peluang untuk memajukan diri banyak di sini, cuma bergantung kepada kerajinan, usaha dll yang sewaktu dengannya.
    Cuma bandingkan kesusahan di negara nenek , moyang mereka sendiri . Lihat sendiri mcm mana orang dari luar boleh mencari rezeki mereka di sini.
    Keamanan negara yang kucintai, tak tahulah mcm mana manusia lain yang tak mensyukuri. Memburukkan negara sendiri pulak menjadi amalan diri.

    ReplyDelete
  19. @Aku pun Melayu. Apa tafsiran engkau? Melayu tu apa? Sesiapa yang mengaku Melayu boleh jadi Melayu? Melayu adalah manusia yang beragama Islam dan mengamalkan budaya, adat resam Melayu dan berbahasa Melayu. Kalau arab atau Mamak yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, Berbahasa Melayu, engkau nak panggil dia apa? Melayu celup? Sebenarnya itu semua tak payahlah engkau nak fikirkan. Kalau betul engkau Melayu, gunakan tenaga engkau untuk fikirkan macamana nak memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan sekolah kebangsaan. Yang aku herankan sangat ni, engkau agen siapa? Tak habis habis nak membela cina ngan india? Dah habis semua bangsa engkau kau bela?

    Sekolah di Malaysia, free kerajaan tanggung, ada bantuan buku teks, ada bantuan makanan/susu free untuk yang layak, hospital kerajaan subsidi, minyak, beras, roti, gula, tepung, petrol, kerajaan subsidi. Semua subsidi kerajaan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia dan yang tinggal di Malaysia, Melayu, Cina, India. Apa salahnya UiTM kita rezab untuk Melayu? Itulah yang engkau soalkan dari hari tu. Engkau ni sebenarnya ada apa? Engkau takut sangat orang cina & india kena bully dengan Melayu?

    Engkau sekolah dulu pun free, masuk UiTM pun free, anak anak engkau sekolah pun free, agaknya engkau kerja pun kerja kerajaan (memang banyak orang kerajaan yang benci kerajaan @ benci diri mereka sendiri), pinjam loan kerajaan, duduk rumah kerajaan, pakai komputer pun kerajaan punya, tapi tak habis habis membela cina & india. Kerajaan dan orang Melayu ada peluang aje kau turun tangan kerjakan habis habis. Cuba kau fikir apa kau buat tu bagus ke? Tak khianat ke?

    Kalau engkau tak tau, orang Melayu dari dulu dah banyak berkorban untuk bangsa pendatang ni. Orang Melayu sanggup berkongsi semua yang ada di negara ni dengan mereka, berkongsi warganegara, hulurkan persahabatan, persaudaraan, bergaul, menerima mereka seadanya tak memaksa mereka berubah, menghormati budaya, agama dan bahasa mereka, sokong perniagaan mereka, usaha mereka, kita raih dan rai mereka dari dulu sampai sekarang. Tapi apa yang mereka balas? Mereka hina bangsa Melayu, mereka fitnah, cemuh, pandang rendah, panggil Melayu babi, anjing, najis dll, mereka pergunakan orang Melayu, mereka hina Bahasa Melayu, mereka nafikan semua hak Melayu, mereka nafikan sejarah Melayu, mereka nafikan perjuangan Melayu, mereka nafikan pencapaian Melayu, mereka nafikan kebolehan Melayu! Bila bangsa/negara lain mencemuh Melayu apa mereka buat? Mereka sama sama mencemuh dan memburukkan lagi! Inilah sifat bangsa yang engkau bela. Engkau jangan jadi Tun Ali dalam sejarah Melaka, jangan jadi Tengku Hussein dalam sejarah Johor Riau dan banyak lagi. Camkan cakap aku, bila dah tercapai hasrat apa yang mereka idamkan, engkau dan gang gang engkau akan dibuang dan tak diindahkan.

    Itu hari engkau cakap jangan paranoid sebab hak Melayu dan Islam ada dilindung oleh perlembagaan. Tapi sekarang engkau cakap pulak yang perlembagaan dah diubah sebanyak 600 kali sejak merdeka oleh UMNO. DEMI ALLAH aku bukan org politik dan bukan ahli pun dalam UMNO dan bukan pekerja kerajaan dan aku belajar di UK tak pakai satu sen pun duit kerajaan. Jadi aku bukan agen kerajaan atau UMNO. Tapi pada fikiran aku lebih baik UMNO yang ubah perlembagan tu dari bangsa lain yang ubah, mungkin kalau bukan UMNO yang ubah perlembagaan tu, bahasa Melayu dah lama terhapus status bahasa kebangsaan! Aku tak suruh engkau benci bangsa pendatang tu, tapi tak payahlah engkau nak kecil kecilkan bangsa Melayu semata mata nak membela mereka.

    ReplyDelete
  20. Aku pun nak engkau faham yang NEGARA dan PEMERINTAH tu, berbeza. Cinta pada negara tak bererti cinta pada pemerintah dan sebaliknya. Kalau kau tak suka pemerintah/kerajaan jangan kau campakkan kesetiaan engkau pada negara. Jangan engkau ikut sikap idola engkau An*w*r tu yang memburukkan kerajaan, negara dan bangsa Melayu di luar negara, termasuk dipersidangan antarabangsa yang dianjur UN. Mana nasionalisma orang yang macam ni? Macamana dia nak jadi pemimpin negara? Apa jenis manusia yang macam ni? Pernah ke engkau dengar pemimpin parti pembangkang negara lain datang sini buruk burukkan negara dan bangsa dia? Pernah tak engkau dengar pemimpin atau ahli parti pembangkang negara lain ketika berada di luar negara mencemuh symbol, lambang, sejarah negara dan bangsa mereka? Walau hujungnya dikata ini semua hasil kerja pemerintah/UMNO.

    Kalau kau tak suka pemerintah, jangan kau hina symbol negara engkau, agaknya bila kita tukar pemerintah kita tukar symbol dan lambang negara kita ke? Sejarah kita pun kita nak tukar ke? Nama negara kita pun nak tukar ke?

    Banyak kali aku tengok engkau tulis pasal perlunya sikap positif, tapi positif ke engkau bila semua yang dibuat kerajaan dan bangsa Melayu engkau tak hargai malah engkau kritik dan cemuh? Kenapa kau tak pandang dari segi positifnya? Jangan cuma pandai cakap tapi tak buat. Janga lupa, kerajaan dan bangsa nilah yang melahirkan engkau bagi kau peluang untuk belajar sampai dengan peluang untuk mengkritik dengan bebas. Kalau saja engkau dan gang engkau belajar bersyukor dengan nikmat Allah, menghargai semua yang telah dan sedang engkau nikmati. Tentu engkau dan gang akan menyumbang ke arah penyatuan bangsa Melayu dan memartabatkan bangsa, bahasa dan kedudukan orang Melayu.

    Aku tau kejap lagi engkau akan copy paste macam macam artikel dari blog blog gang engkau, sukahati engkaulah.

    ReplyDelete
  21. ye! la tu....

    ReplyDelete
  22. Anon 4.53am - akak baru baca, tergenang air mata akak, kerana bangga. Sekarang akak yakin ade juge anak Melayu yang sedar dengan keadaan bangsa kite. Lebh akak tersentuh bila awak bersumpah yang awak bukan agen kerajaan dan belajar pun tak pakai duit kerajaan, akak rasa tak perlulah awak bersumpah sebab akak tak nampak awak bela kerajaan. Tapi akak dapat rasa cinta awak pada tanahair, bangsa Melayu dan awak seorang yang mengenang budi. Akak kalungkan penghargaan dan ucap selamat maju jaya untuk adik yang belajar di UK. Semoga pulang nanti bawa kejayaan dan akak yakin adik sentiasa berusaha memartabatkan bangsa dan negara kita di rantau. Terima kasih dan teruskanlah menjadi anak Melayu yang memegang teguh prinsip bangsa Melayu walau sudah di tanah asing.
    Salam, Mama Melur.

    ReplyDelete
  23. Dikesempatan di Bulan yang Mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Idul Fitri dan Memohon Ribuan Kemaafan Zahir dan Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat di serata dunia yang mengunjung ke blog ini terutama kepada Miss Admin, Inang manja, di mana mungkin terdapat kesilapan dalam penulisan dan ada perbezaan pendapat yang telan menyinggung perasaan dan hati sekalian.. Maaf kan Daku ye....

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDIL FITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    ReplyDelete
  24. hi inang manja
    apa kabar?inang honey mengucapkan selamat berhari raya aidilfitri,honey minta maaf sahir batin jika ada salah silap honey selama ini.kepada inang yang di sengaja atau yang tidak di sengaja,
    selamat hari raya inang semoga berbahagia bersama keluarga tercinta....

    ReplyDelete
  25. ayy! ikan tu dah kurus laaa.. takde orang bagi makan...

    ReplyDelete
  26. tok...tok...tokkkkkk..
    assalamualaikum...ada orang ke tak ni? nak datang beraya....haluuuuuuu
    mana inang ni dh alam tak nampak muka..tak dengar kaba berita....

    ReplyDelete
  27. CUBA SAMA SAMA KITA FIKIRKAN

    BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR
    MEREKA DITIPU

    PROJEK PEMBODOHAN ORANG
    MELAYU

    United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

    Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa
    untuk memerintah.

    Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja,tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian
    dari projek membodohkan Melayu.

    United Malays National Organisation tidak
    mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas.

    Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

    Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

    Cara Pertama:
    Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

    Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays
    National Organisation dengan para cukong China.

    Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

    Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari
    gerombolan sendiri.

    Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan
    ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

    ReplyDelete
  28. Cara ke dua:
    Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

    Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

    Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan
    progresif dan maju.Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk
    melutut tanpa berfikir.

    Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya
    menjunjung tapak kaki.

    Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

    Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang
    Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

    Cara ketiga:
    Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu.Bagaimana
    menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

    Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays
    National Organisation.

    Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National rganisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

    Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus
    ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini
    adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut.
    Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.
    Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

    Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan
    Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

    ReplyDelete
  29. Ahkirnya: Projek pembodohan Melayu ini telah
    dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi
    sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telahdiarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.
    Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat
    tinggi. Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah
    mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliranbukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

    Kemelut politik hari ini adalah hasil dari
    projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya
    orang Melayu.

    Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal
    melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)

    ReplyDelete
  30. Perutusan tahun baruDecember 31, 2009 6:27 PM

    Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

    Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

    Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

    Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

    Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

    Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

    ANWAR IBRAHIM

    ReplyDelete