Malay & Proud of it (must watch)

Kawan2 seme, tersentuh hati Inang tengok video ni, walau jenaka tapi penuh makna. Dipostkan oleh slimiz29, dari Singapura. Video ini adalah salah satu jawaban kepada ejekan dari seseorg bernama Shaun yg memperlekehkan Melayu. Mesti tonton tau sayang seme!

32 comments:

  1. peaceful and loving oi! oi!
    that malay to me..
    heee..so happy..heee..

    orang melayu sudah terkenal di serata dunia, bangsa yang mudah diajak berbincang/bicara dan baik hati.. sopan dan cekap bila bekerja, mudah diterima oleh bangsa-bangsa dari negara lain..

    "Orang Malaysia Baik Hati"

    ReplyDelete
  2. Sampai bila melayu nak kena buli? kita berbbaik ngan cina tapi belakang kita dia kerjakan kita cukup cukup. Masalah paling besar bila sekarang ni dah banyak pulak melayu kat malaysia yg membela cina sampai sanggup menghina dan menjatuhkan org melayu sendiri. tak penah aku jumpa org cina bela melayu sampai ngina bangsa dia. Pada melayu yg sangup menghina bangsa sendiri utk membela cina, aku doakan kau mati nanti adalah cina yg sangup nak kuburkan kau, jangan kau mati kena belasah ngan cina dahlah! Bangsat!

    ReplyDelete
  3. MELAYU ke.. CINA ke.. INDIA ke.. kalau mati semuanya masuk NERAKA.. KAUM tiada nilai di akhirat kelak semuanya sama.
    SYURGA dijanjikan ALLAH swt untuk golongan orang ISLAM yang berIMAN dan berTAQWA... bukan untuk kaum tu dan kaum ni..

    Emosi anak-anak kecil, orang dewasa, orang tua semuanya sama, bila sakit kita marah, bila sedih kita menangis, bila gembira kita ketawa..

    yang membezakan emosi anak-anak dengan emosi orang dewasa ialah cara kita berfikir. bertindak tanpa berfikir maka samalah kita dengan anak-anak yang suka beremosi tanpa berfikir.

    perbuatan orang yang tersangatlah tak bijak ialah orang yang suka mendoakan perkara yang tidak elok dan meminta bala.. doa bukan untuk meminta perkara yang jelek...

    fikir-fikir lah sahabat untuk mengawal emosi.. sabar memberi sedikit ruang waktu untuk kita berfikir.
    wasallam

    ReplyDelete
  4. Salam kenal juga ye untuk Inang dan Permata hati. Bagus ye Inang kerna ada kesedaran dan jati diri yang kental. Itu lah yang Kak Safia harapkan untuk anak2 muda sekarang. Jangan jadi seperti setengah orang lain yang tidak mahu berfikir dan memandang jauh ke depan. Kak Safia pun pernah jadi student di perantauan dan sekarang bekerja serta bergaul dengan masyarakat berbilang.Makin lama lagi banyak kesedaran, muga anak2 muda generasi akan datang juga tidak menjadi alpa. Apa2 pun sama2lah di bulan Ramadan yang mulia kita berdoa agar umat Islam amnya dan melayu khasnya menjadi manusia yang berfikir out of the box .

    ReplyDelete
  5. @Aku pun Melayu, bernas cara engkau fikir. Aku tabik, aku harap engkau dapat beritau benda yg sama pada tauke tauke cina yg sponsor kau dan melayu lain. Aku tak cakap pasal agama aku cakap pasal bangsat yg dok mnghina bangsa aku. Mungkin engkau jenis melayu senang, kau ada kerja, ada semua yg kau nak. Engkau tak rasa macamana melayu kena diskriminasi dengan cina masa minta kerja, masa interview. Jangan cakap pasal kelulusan, pengalaman & memilih atau demanding tu semua. Kau tak dengar macamana cina menjatuh & menburukkan bangsa melayu dengan org asing kat dlm & luar negeri. Anwar ibrahim ke, Najib ke semua sama, bila aku email kat diorg tanya apa plan diorg nak buat soal diskriminasi kerja pada melayu, HAMPAH! satu tak jawab, bukan aku tanya kurang ajar aku tanya baik baik. Ada siapa peduli? Intinya kat sini melayu mmg mesti bersatu menuntut hak samarata bukan aku minta hak istimewa tau! hak samarata dengan kaum pendatang lain!! Aku tanya lagi, apa istimewanya bangsa melayu kat sini? Gembar gembur aje!! Kenyataan cina lebih terbela dari melayu! Sorry Inang aku kena jelaskan!

    ReplyDelete
  6. Untuk "Aku pun Melayu",
    Memang Syurga dijanjikan untuk Insan yang bertakwa dan bukan ditentukan oleh kaum, tapi sipalah kita untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka kan. Itu semua adalah urusan Allah yang Khalik lagi maha mengetahui.Kekadang siapa tahu, orang yang kita kutuk dan kata berperangai buruk bak kafir itu akan berubah menjadi lebih baik. Jadi jangan lah kita sesama saudara mengutuk , mengeji dan berbenci pulak. Mcm mana kita nak menjadi kaum dan agama yang disegani di serata dunia. Hanya akan menjadi bahan ketawa kerana tiada jati diri
    Tapi selagi hayat dikandung badan saudaraku, kita mempunyai urusan di alam yang fana ini. Nasib saudara Anon di atas tu memang selalu saya jumpai.Memang saudara Anon di atas, tiada keistimewaan nya menjadi Melayu dan Muslim di bumi sendiri, menjadi mangsa kejian dan kutukan semata menjadi lumrah diri ini, bukan saja di bumi sendiri bahkan di perantauan kadang kali. Nasib saudara " Aku pun Melayu' mungkin bernasib baik sehingga lupa diri dan alpa. Jangan jadi seperti ethinic Muslim Yewger ( lupa lah ejaan dia) di utara China, menjadi tersesar di bumi sendiri . Macam mana kah kaum dan agama ku hendak menjadi perkasa?

    ReplyDelete
  7. kepada sahabat sebangsa ku anon August 27, 2009 3:18 PM
    terima kasih banyak-banyak lah kerana kau tabik kat aku.
    " prasangka adalah satu keputusan yang 100 peratus salah" bagaimana senang2 je kau boleh menuduh aku mendapat sponsor dari cina.. common la.. bro.. bagaimana orang nak hormat kita, kalau kita bercakap melulu tanpa bukti.. ikut emosi tu. patut lah najib dan anwar tak layan...

    aku bekas siswa ITM/UiTM. institut pengajian 100 peratus melayu. awal-awal kemasukan lagi diajar dengan lagu "anak kecil main api" kau tau apa maksud lagu itu?
    orang cina yang tidak boleh belajar sana terpaksa membuka Kolej TAR.. sebagai ganti tempat anak2 cina membuat pilihan untuk sambung belajar.. nak cakap apa lagi memang UiTM tu milik MARA.. untuk melayu je beb..

    salah siapa sebenarnya kalau cina susah mengambil graduan melayu bekerja di firma milik cina.. tambah lagi kalau graduan dari UiTM..awal2 kena reject.

    dalam perlembagaan dah termaktub hak2 keistimewaan melayu dan raja2 melayu..negara kita mengamal sitem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan.. jangan lagi bersikap paranoid

    sekarang PM dah hapus 30 peratus hak melayu.. salah siapa kalau bukan melayu sendiri..
    kat malaysia ni melayu,cina dan lain2 kaum sama je.. ada miskin ada kaya.. yang penting kerjasama dalam berusaha.

    apa guna belajar tinggi tapi gagal berjaya kerana malas berusaha.. orang yang tumpul akal pun berjaya dalam hidup kalau rajin berusaha.

    hidup senang bukan kerana banyaknya harta, tapi kenal diri sendiri dulu dan apa yang kita lakukan seharian tu lah yang membuat kita senang dan gembira.

    empaty perlu ada dalam diri kita.. baru kita faham/nampak di mana letaknya setiap masalah, kalau ada melayu susah, cina pun ramai yang susah.. masalah bukan terletak pada bangsa/kaum tetapi terletak atas sikap setiap individu sendiri, jika kamu ditakdirkan menjadi ketua masyarakat adakah kamu akan adil untuk semua kaum.. cermin diri sendiri dulu baru bertanya kepada orang lain.

    bro aku faham kamu seorang yang patriotik.. aku pun melayu juga..
    wassallam

    ReplyDelete
  8. kepada saudari Shafirdalia yang dihormati

    saudari menulis:
    "Nasib saudara " Aku pun Melayu' mungkin bernasib baik sehingga lupa diri dan alpa. Jangan jadi seperti ethinic Muslim Yewger ( lupa lah ejaan dia) di utara China, menjadi tersesar di bumi sendiri"

    sampai hati Saudari berkata begitu.. saya juga tidak menuduh sesiapa kafir, juga tidak menulis saya menentukan syurga/neraka.

    tak apalah.. saya menerimanya dari sudut positif

    wassallam

    ReplyDelete
  9. to Inang..
    klip video tu memang menghiburkan...ada mesej tersendiri.. dalam video tu ada menunjukkan ada pelbagai kaum yang yang bangga menjadi Rakyat Malaysia.. terutama budaya melayu yang bersopan santun dan sudah dikenali di mata dunia.. kepada Shaun yang memandang rendah kepada melayu harap melihat dan sedar sebenarnya dia adalah seorang yang rasis.

    Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan untuk bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  10. @Aku Pun Melayu, sorrylah kalau aku dah tercelupar mulut kata cin* sponsor kau. Aku ikhlas tak maksud apa apa. Sorry memang aku celupar tadi, jgn ambik hati. Aku suka bincang dgn kau, aku tak semestinya betul! Aku pun tak kisah Anwar dgn Najib tak layan email aku walau aku email dengan menggunakan bahasa inggeris yg sangat baik dan santun. Sebab aku tau kalau diorg jawab pun semua tu cuma propaganda politik yg tak akan membantu anak melayu yg didiskriminasi. Cuma aku nak tunjukkan macamana sikap pemimpin melayu.

    Aku paham apa yg engkau cakap tu, bukan kau saja yg tahu semua bangsa ada miskin ada kaya, kita semua tahu.
    Aku pun tahu kau maksudkan susah senang hidup individu tu kerana usaha sendiri. Kalau itu realiti, aku rasa ramai makcik makcik, pakcik pakcik adik akak abang kita yg jadi cleaner, buruh production line, waitress, house keeping, tukang cat tukang angkat barang, tukang kebun, mat despatch, askar, niaga warung, petani, nelayan DLL yg berhempas pulas memerah keringat, tenaga dan tulang 4 kerat semua dah kaya raya. Apa kau pikir mereka kurang usaha ke? Cuba kau jelaskan supaya boleh kita share dgn diorg.

    Ini pengalaman dan perhatian aku, realitinya ialah mereka tu dieksploit oleh majikan majikan, org tengah org tengah, agent agent bangsa cin*. Mereka dibayar dengan tak layak! Kau cuba nafikan ni, majikan cin*, kalau dia ada budget untuk bayar gaji tinggi dia akan ambik bangsa dia sendiri, dia cuma ambik melayu kerja bila budget dia rendah dan cin* tak mau ambik gaji kecik atau cin* tak nak buat kerja tu!

    Kau tengok multi national companies dan lain lain major companies (not inclusive GLC) rata rata 80-90% atau worst 100% bukan melayu! Melayu cuma jadi receptionist/despatch/clerk yg gaji kecik dan jgn harap diorg nak bagi training utk melayu meningkatkan skill. Dan jarang sangat sangat jarang melayu akan dapat promotion kat syarikat syarikat ni. Apa takde melayu yg boleh kerja dan mahu berusaha? Berapa byk melayu yg berjaya dan akan berjaya kalau diberi peluang! Intinya kat sini melayu TIDAK DIBERI PELUANG utk membuktikan kemampuan! Foreign multi national companies pulak sebelum tiba kat malaysia lagi dah dibrainwash yg melayu kat malaysia malas diulit kerajaan! Hal ni bukan cin* aje yg brainwash investors tu, anw*r sendiri pun terpekik pekik kat luar negeri kata kerajaan UMNO 'nina bobokkan' org melayu! Bila diorg tiba sini mana diorg nak ambik org melayu kerja walau graduate dan ada experience, kecuali kalau budget diorg kecik dan org cin* tak nak terima gaji tu! Kau tengok betul betul apa semua cin* yg diambik kerja tu layak ke? Banyaknya bahasa pun tak betul macam c*bai/lanc*u dia jugak.
    Aku duduk overseas lebih 8 tahun aku dengar ni semua. Semua yg prnah dan duduk overseas dah tahu agenda buruk diorg ni! mungkin Inang yg kerja kat Dubai ni pun tahu! Betul tak Inang? Boleh share?

    ReplyDelete
  11. Korang setuju tak kalau aku kata, sebagai melayu kita kena usaha 5 atau 10 kali lipat lebih keras cuma untuk membuktikan yang kita boleh buat setanding dengan diorg? Itu pun belum tentu diorg recognise. Jadi dari situ kau tengok siapa yg rasis sebenarnya? Siapa yg chauvinist sebenarnya? Paradigma siapa yg mesti dibetulkan?

    Lagi satu, diorg ni depan kau memang lembut gigi dari lidah, belakang kau di liwat kau habis habis.

    Aku fikir org melayu selama ni dari zaman penjajah sampai sekarang masih belum sedar dengan agenda bangsa yahudi asia ni. walau dah berpuluh tahun kita campur dengan diorg kita masih tak sadar liciknya diorg. Melayu memang pantang dipuji, mula lupa diri perasan 'akulah melayu yg paling bagus diantara melayu melayu yg ada'.

    Ini aku dengar dari mulut kawan aku org jepun yg kerja kat sini, dia kata org melayu paling suka kalau org kata dia tak macam melayu, melayu kalau putih sikit, sepet sikit, lebih lebih kalau pandai sikit, mesti dengan bangga mengaku ada mix dengan cina. Dia sendiri kata masalah melayu paling besar ialah masalah takde jatidiri. Paling takut kalau org pikir dia sangat melayu. Paling takut dikata paranoid. Jadi sebaiknya jgn paranoid, berbaik sangka sebab mereka tu 'jujur dan ikhlas nak memajukan melayu' marilah kita raih dan raikan mereka?!?!?!?

    Ampun beb, aku memang paranoid! Sebab aku dah tengok macamana liciknya pendatang ni, aku dah rasa 'ditendang terajang' dieksploit, dikotak katik dan 'diliwat' kaum bangsat ni. Aku takkan lagi 'dah terantuk baru nak mengadah', tidak, biar putih tulang jgn putih mata demi anak cucu!

    Yg palig buat aku paranoid ialah sekarang ni org melayu berpecah belah! Yg membela melayu dikata rasis, kuno, dijajah UMNO, katak bawah tempurung dll, yg membela pendatang dikata melayu baru, melayu global, melayu berpendidikan. Inilah yang akan ditulis dlm sejarah melayu abad 21 yg akan dibaca oleh anak cucu kita nanti.

    Aku tak takut dikata kuno, dari bawah tempurung aku dpt lihat;
    Kerajaan melayu dihina dina, untuk membuktikan melayu tak boleh memerintah! Mesti dijatuhkan!

    Anak anak pendatnag tidak ke sekolah kebangsaan lagi, malah sekolah kebangsaan dicerca untuk membuktikan bahawa sekolah kebangsaan melayu ditolak, tak standard, pembaziran dan tak perlu! Mesti dihapuskan!

    Pendatang tak mau cakap melayu dan Bahasa melayu diperlekehkan untuk membuktikan mereka tak perlukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan! Mesti diganti!

    Melayu dibiarkan menganggur biar melayu rasa melayu tak boleh hidup tanpa kaum pendatang! dan biar melayu bangkit menjatuhkan pemerintah melayu dan menjadi saksi bahawa melayu tak boleh memerintah!

    Inti semuanya adalah mereka nak membuktikan bahawa dasar dasar negara malaysia yg menjadikan melayu sebagai tunggak kenegaraan dan pemerintahan adalah gagal mutlak! Mereka sedar org melayu akan secara efektifnya boleh menjatuhkan bangsa melayu! Hasil dari semua propaganda mereka, melayu terus gaduh sesama sendiri dan melayu akan jatuhkan kerajaan melayu dan bila semua melayu merempat, menganggur, mereka akan "dtg bawa wang dgn perjanjian baru" Licik bukan? Memang terjadi sekarang bukan? Sejarah pun dah membuktikan semua tu bukan? Soalnya macamana nak menyedarkan dan menyatukan org melayu? Mereka akan gagal kalau melayu bersatu!

    Sebenarnya kau atau siapa pun tak perlu takut kalau melayu bersatu, sebab sifat asli org melayu memang pemurah, pemaaf, penyayang, adil dan tak rasis. Melayu takkan balas apa yg diorg buat kat kita, percayalah!

    Diorg nak kita hapuskan 'keistimewaan' melayu, sebagai syarat diorg menyatu dengan kita. Aku rasa tak jadi keberatan langsung sebab tak ada keistimewaan pun. Tapi aku nak mintak satu dari diorg untuk buktikan keikhlasan diorg. Kita hapuskan sekolah sekolah jenis kebangsaan dan bahasa selain bahasa Inggeris dan bahasa melayu diajar sebagai bahasa pilihan ketiga. Tengok samaada diorg betul ikhlas!

    ReplyDelete
  12. @Aku pun melayu,
    Aku tak bercita cita langsung jadi pemimpin negara atau melayu sekali pun. Lagi satu kau kata;
    "dalam perlembagaan dah termaktub hak2 keistimewaan melayu dan raja2 melayu..negara kita mengamal sitem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan.. jangan lagi bersikap paranoid"

    Kau tau tak dalam perlembagaan Sing*pur* ada termaktub perkara2 yg sama? Termasuk kedudukan bahasa melayu dan agama islam? Of course tak termasuk raja2 melayu tu. Kenyataannya, bila mereka berkuasa semua tu tak berarti lagi, yakinlah!

    ReplyDelete
  13. Salam dari ku kepada sahabat sebangsa ku anon

    tak ada apa-apa, aku memang tak ambil hati pun, aku faham sebab kitakan sesama melayu kan..
    sebenarnya nak cerita pasal melayu ni dan apa yang aku baca dari luahan hati kau bro.. kedengaran seperti menjadi agak rumit/to complicated.
    aku pun bukanlah pandai sangat nak jawab pertanyaan kau tu bro hehehe.. tapi betul ke seperti yang kau cakap melayu sudah berpecah.. aku fikirlah mungkin dari segi politik kepartian mungkin ya, malah bukan melayu sahaja yang berpecah, penyokong parti cina dan parti india pun turut berpecah. jadi lupakan perpecahan melayu dalam parti,

    aku malas nak cerita pasal parti, panjang tak habis2. bila tiba musin pilihanraya je kita cerita pasal parti, lepas tu kita melayu kembali bersatu untuk majukan bangsa dan negara.

    pasal pekerja, majikan.. pun satu hal. kita melayu selalu kalah dengan cina kerana cina dari zaman dulu lagi mereka berpesatuan dan saling membantu ahli-ahli persatuan mereka.
    aku nak cerita kelemahan melayu ni memang banyak bro.. banyak tak habis-habis.. eh malaslah aku.. hehehe.. biar pemimpin je berfikir pasal ni.

    sistem perdagangan di dunia sekarang di kuasai oleh idealisme kapitalis. kapitalis ni tiada agama, tak beriman, tiada kasih sayang, orang yang bermentaliti kapitalis, dia akan beli apa yang boleh dibeli, jual apa yg boleh dijual.. beli murah dan jual semaksimum untuk mendapat untung lebih, peladang, pekebun, pekerja buruh atau sesiapa yang makan gaji menanggung beban kerja dengan gaji rendah, towkey kaut untung sebolehnya.

    jadi kalau nak untung kena jadi towkey atau boss/kerja sendiri, sendiri untung sendiri rugi. haha..barulah cool..

    macam di singapura tu sebab tiada raja, raja sendiri dah jual kerajaan kepada mat salleh semasa belum merdeka lagi..
    tu penting raja berpelembagaan di malaysia, cuma semangat pelembagaan kadang2 dicabul, semangat federalisme diabaikan... ini memang masalah juga..

    apa-apa pun bro anon kau patut bersyukur kerana berpeluang belajar di luar negara, ramai melayu tidak dapat peluang macam kau walaupun ada kelayakan.

    tak perlu cita2 jadi pemimpin sebab setiap pemimpin adalah ketentuan tuhan. pemimpin tu dipilih rakyat, kalau rakyat lemah yang memilih maka kerajaan itu akan mendapat pemimpin yang lemah juga. sebagai rakyat kita kena bijak memilih pemimpin.

    tapi ingat jadi suami pun kena ada semangat dan berfikir seperti pemimpin juga.

    setakat nilah dulu, anyway thank a lot to Inang Manja yang suka menjeling menjeling tu.. kerana menyediakan blog Dunia Melayu ni... ok
    Wassallam

    ReplyDelete
  14. MEMBINA NEGARA BANGSA

    Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

    Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

    Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

    Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

    Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

    MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

    Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

    Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

    Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

    Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

    ReplyDelete
  15. Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

    Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

    Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

    Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

    Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

    Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

    Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

    Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

    Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

    Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

    Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

    Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

    Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.(TT)

    ReplyDelete
  16. Salam Saudara "Aku aku pun Melayu". Saya minta maaf jika terasa, tapi jika bukan untuk saudara kata2 saya tujukan untuk orang lain yang membaca.Ada saudara berkata tentang idea kapitalism dan tentang " kalau nak untung kena jadi towkey atau boss/kerja sendiri, sendiri untung sendiri rugi. haha..barulah cool.. ". Saya etuju tu, Idea kapitalism ni memang dari zaman penjajahan british lagi dimana mereka control semua peluang economy diperingkat dalaman dan global. Di sambung pulak oleh idea neokolonism yang pernah disuarakan oleh president Sukarno dulu. Tun Dr Mahathir pun berkata begitu, kerna itu kita perlu ada wawasan untuk maju mengikut acuan sendiri, bukan berpaksikan barat kan. Contoh yang mudah kalau saya atau sauadar la nak buat bisnes supplier pun orang2 penjajah dan Cha ya Nun Alif yang susah nak beri peluang. Memang betul persatuan mereka kuat, dan ini memang terjadi dari zaman British lagi. Jadi saudara, begitu sukar kan nak jadi boss ni, nak2 lagi kalau kita nak mencuba trading padahal ini lagi untung dari construction dll. Boleh kah kita mencapainya hanya setelah mereka 50 tahun lebih berbanding dijajah beratus tahun. Seba itu ada dasar DEB, malangnya telah di salah guna. Hai, nak apply loan buat bisnes pun lebih susah kalu ada genetic melayu.

    Nampak semangat sauadara Anon di atas dan kesedaran berpandukan fakta sejarah memang boleh dipuji cuma izinkan saya untuk berbeza pendapat dan idea dari beberapa sudut yang berlainan. Saya pun mengalami nasib yang sama seperi saudara, semasa menjadi student di perantauan dulu, pensyarah2 di sana telah di brainwash kan dengan idea tentang bodoh dan malasnye Melayu ini tapi saya berdiri menungkat arus yang kejam itu dan akhirnya berjaya dengan semangat dan jiwa yang kuat. Alhamdulillah. Banyak lagi citernya tapi tak perlulah citer kerana tiada masa dan biarlah ianya menjadi semangat diri. Saudara ada berkata tentang 'Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal:. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif. Tapi saudara Anon kena sedari deology PKM itu hanyalah untuk mewujudkan kekuatan Komunism yang kuat di Asia , Komunism ni saudara tahu kan mcm mana? Samarata, samarasa waima tiada berbedaan agama. Tak kan itu yang saudara pinta?
    Tentang landasan keretapi pakatan rakyat tu pulak setahu saya yang hidup di negeri pakatan rakyat ni, lagi byk anjing2 yang menyalak di dalam landasan itu sendiri kan dpd luar. heheh. Manusia tida bedanya kan, jika nak kuasa dan duit, apa2 punboleh jadi. semua sama saja, cuma nak kena pilih the best among the worst. ahahah. Ok

    ReplyDelete
  17. MITOS DAN PENIPUAN

    TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

    Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

    Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

    Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

    Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

    Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

    Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

    Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

    Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

    Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

    Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

    ReplyDelete
  18. MITOS PERTAMA:

    Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

    MITOS KE DUA :

    Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

    MITOS KE TIGA :

    Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

    MITOS KE EMPAT :

    Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

    ReplyDelete
  19. MITOS KE LIMA :

    Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

    MITOS KE ENAM :

    Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

    Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

    MITOS KE TUJUH:

    Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

    Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

    TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

    Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

    Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

    Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.(TT)

    Nota:
    Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
    tujuan memecahkan mitos.

    ReplyDelete
  20. Ye saudara Anon, ramai rakyat2 yang tidak berdosa seperti ustad2 dan ketua2 kampung melayu kita telah dibunuh dengan kejam dan tanpa peri kemaknusiaan oleh parti Komunis Malaya pada zaman dulu. Kesian kan depa dan kejam kan Komunis tu. Golongan Melayu Muslim kita yang radikal seperti samsiah fakeh dll dulu memang tak ada pilihan, kerna diburu oleh Bristish mereka tak ada pilihan tetapi mengatur strategi di hutan jadi buruan, akhirnya tiada pilihan terpaksa mengikut Komunis walaupun ideology berbeza dan mereka sebenarnya mereka bukan komunis yang kejam seperti dotdotdot.

    ReplyDelete
  21. @Aku pun melayu, betul anda mengaku anda Melayu, tapi Melayu anda Melayu bagaimana? Apakah Melayu anda Melayu yg sanggup menghancurkan Melayu demi sebuah imijinasi (imaginasi) bangsa malaysia? Apakah Melayu anda Melayu yang sanggup membiarkan bangsa sendiri menjadi mangsa kapitalis? Memang keretapi tu meluncur laju tapi menuju ke mana? Bangsa mana yg digilis sepanjang perjalanan keretapi tu? Bangsa mana yg menjadi pelayan, tukang bersih, tukang sapu, tukang pijit, tukang kipas, tukang sorak bila bangsa melayu digilis keretapi tu?

    ReplyDelete
  22. DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !!

    BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG

    Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

    Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

    Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

    Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

    Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

    Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

    Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

    Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

    Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

    Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

    Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.

    Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

    ReplyDelete
  23. Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

    Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

    Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

    Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

    Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

    Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

    Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

    Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

    Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

    Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

    Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

    Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

    Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

    ReplyDelete
  24. Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

    Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

    Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

    Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

    Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

    Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

    Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

    Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

    Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

    Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

    Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

    Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

    ReplyDelete
  25. Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

    Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

    Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

    Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)
    ( Tulisan ini boleh dicekup demi membuat kebaikan. Sila baca buku Confessions of an Economic Hit Man - jangan malas baca! Kalau malas kena jual nanti ! )

    ReplyDelete
  26. Imperialisma dan Empire

    Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.

    Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima.

    Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untuk bertarong, menundukkan dan memakan modal-modal yang lemah. Modal besar akan memakan modal yang kecil untuk menjadi modal yang lebih besar. Modal yang lebih besar akan memakan modal besar untuk menjadi modal yang paling besar.

    Jika modal duduk tidak bergerak modal ini akan mengempis. Kalau saya ada 10,000 ringgit dan saya simpan duit ini dalam bilik mandi – nilai 10,000 ini dari hari ke hari akan berkurangan. Ini hukum modal. Modal yang tidak bergerak adalah modal mati. Tidak ada sesiapa yang dapat melanggar hukum ini. Ini hukum kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma – wang ringgit wajib begerak untuk terus membesar. Pembesaran modal hanya melalui jual beli yang akan menjamin keuntungan.

    Sistem ekonomi kapitalisma muncul dari kehancurana sistem ekonomi feudalisma. Dalam hukum kapitalisma modal wajib membesar dan berkembang, akhirnya melahirkan era kolonialisma – penjajahan.

    Lupakan cerita-cerita karut yang diajar di Sekolah Menengah Tingkatan Lima tentang Zaman Penemuan Negara Baru. Kita di beritahu bahawa kuasa Mat Saleh dari negara atas angin meninggalkan negara mereka untuk mengembangkan agama Kristian, mencari padri yang bernama John Poster atau membawa tamadun dan pencerahan ke negara yang tidak bertamadun – ini adalah cerita cerita karut.

    Pada tahun 1786 bukan Francis Light yang berjumpa Pulau Pinang tetapi Orang Melayu Kedah yang berjumpa Francis Light. Pada tahun 1819 bukan Raffles yang menemui Singapura tetapi Orang Melayu Johor bertemu Raffles. Orang Putih menemui Singapura dan Pulau Pinang adalah cerita karut marut yang telah dijual bagitu lama sekali. Tidak ada sesiapa menemui kita. Kita telah wujud.

    Tujuan Portugis , Sepanyol, Belanda dan British meninggalkan tanah air mereka dan belayar ialah untuk mencari bahan-bahan perniagaan baru untuk diperdagangkan. Berdagang ertinya datang untuk mencari untung. Kuasa kolonial ini ingin mencari dua pekara : Bahan mentah untuk dibawa ke Eropah dan pasaran untuk menjualkan barang yang mereka buat di negara mereka.

    Di Eropah di awal kurun ke 13 – pasaran telah tepu. Sistem ekonomi feudal tidak dapat lagi menanggung perkembangan tamadun bangsa. Kemiskinan di sana sini. Naratif Charles Dickens dalam Oliver Twist (1838) menggambar keadaan ketika itu dengan tepat sekali. A Tales of Two City (1859) berlatarkan revolusi rakyat Peranchis memperlihatkan penentangan kaum tani terhadap kaum feudal. Sistem ekonomi feudal sedang diasak oleh sistem ekonomi kapitalis

    ReplyDelete
  27. Zaman awal penjajahan ialah zaman pemulaan kapitalisma saudagar – mercantile capitalism. Jangan lupa East India Company dan Dutch East India Company – nama mereka sahaja telah tertonggeng bogel menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah saudagar yang datang berdagang untuk mencari harta kekayaan. Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

    Agama didatangkan kemudian dengan tujuan untuk menipu dan memastikan anak-anak tanah jajahan terus diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan api neraka. Cerita api neraka ini masih lagi satu ‘trick’ baru yang masih boleh digunakan di tanah jajahan. Hasil dari persekongkolan – kaum pemodal, kaum feudal dan kaum agamawan - tanah tanah dan harta kekayaan rakyat di Asia, Afrika dan Amerika Latin dapat di rampas. Untuk gantinya rakyat di negara-negara ini diberikan Kitab Injil. Inilah hakikat era zaman kolonialisma.

    Kemasukan kuasa kolonial ini bukan tidak ada penentangan. Di Melaka kuasa kolonial Portugis telah di lawan. Apabila kuasa kolonial Belanda sampai mereka juga ditentang dan di lawan. Justeru kuasa kolonial melihat bahawa untuk memastikan perniagaan mereka selamat mereka perlu memiliki bala tentera. Justeru kota-kota perlabuhan yang didirikan di tepi persisiran laut wajib dikawal rapi. Ini berlaku di Batavia, Melaka, Pulau Pinang, Singapura, Manila – di Afrika dan Amerika Latin ciri-ciri yang sama juga berlaku.

    Kini wajah modal para saudagar telah mula berubah. Untuk memperlihatkan mereka berderajat dan ada ‘class’ maka cap mohor King dan Queen diperlukan. Untuk memastikan mereka selamat tentera laut dan darat disediakan. Apabila modal emas dan ringgit terkumpul dan bertambah maka para saudagar ini berupaya untuk mendiri dan memperbesarkan pasokan soldadu. Akhirnya anak-anak tempatan direkrut untuk dijadikan sebahagian dari tentera kolonial.

    Tentera Ghurkha, Kyber Rifles, British Indian Army, British Burmese Army adalah diantara nama-nama pasukan tentera dimana anak-anak tempatan berjaya direkrut untuk menjadi alat penjajah. Di Indonesia hingga ke hari ini kita mendengar konsep Anak Emas Belanda – ini adalah rakyat Moluku yang direkrut untuk menjadi budak suruhan Belanda. Malah askar Melayu Diraja yang patriotik menentang Jepun dalam Perang Dunia Kedua dihasilkan oleh British War Office yang meluluskan Akta Malay Regimen pada 23 November 1923.

    Dalam masa yang sama – kuasa kolonial juga bergerak mengikut hukum kapitalisma dan modal – mereka bertentangan antara satu puak dengan yang lain. Portugis kuasa kolonial awal telah lemah kerana diserang oleh kuasa modal British, Belanda dan Sepanyol. Kuasa modal kolonial Sepanyol runtuh apabila diserang oleh kuasa modal kolonial Belanda dan British.

    Akhirnya yang tinggal hanyalah kuasa modal British dan Belanda. Di kawasan Kepulauan Melayu pertempuran hebat untuk merebut harta kekayaan berlaku diantara dua kaum pemodal ini. Mereka berperang untuk memiliki dan menguasai kota perniagaan di Melaka, Singapura, Pulau Pinang, Bengkulu, Borneo, Belitung dan Batavia. Terbukti bahawa perperangan ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau warna kulit. Mereka berkulit puteh dan semua beragama Kristian. Apa yang mereka rebutkan ialah harta kekayaan dan tanah jajahan. Perperangan mereka adalah perperanga kaum pemodal. Ini adalah mengikut hukum kapitalisma.

    Akhirnya melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1924 dua kuasa kolonial ini bersetuju untuk tidak berperang. Perjanjian 1924 ini memisahkan Bumi Melayu dan Kepulauan Melayu – maka lahirlah apa yang dipanggil Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  28. Belanda menerima hakikat bahawa Singapura adalah hak British dan British memulangkan Bengkulu dan Belitung kepada Belanda. Kuasa penjajahlah yang melahirkan konsep negara bangsa. Pulau pulau di Selatan Singapura menjadi Indonesia.

    Melalui Anglo-Siamese Treaty 1909 wilayah Patani, Menara, Singgora, Setul dan Yala menjadi wilayah Raja Siam. Kedah, Kelantan, Perlis dan Terangganu jatuh ketangan British. Perjanjian-perjanjian ini bukan di buat oleh Orang Melayu tetapi oleh kuasa kolonial British. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

    Kaum saudagar dari negeri atas angin yang awalnya datang dengan kapal layar untuk berniaga dan mencari bahan perniagaan akhirnya menjajah dan mendirikan kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Modal dan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari sistem ekonomi kapitalis ini akhirnya sampai ke puncak.

    Puncak pencapian kapitalisma ialah imperialisma. Kekuatan modal imperialisma ini telah berjaya mendirikan empire. Ini samalah seperti empire yang didirikan oleh Kerajaan Rom - dimana seluruh Eropah, negara Arab dan negara di persisisran Laut Tengah semuanya menjadi tanah jajahan Emperor Rom.

    Tanah Melayu juga akhirnya menjadi sebahagian dari Empire British. Tanah tanah jajahan British yang berselerak di Asia dan Afrika telah menyelamat ekonomi British dari berlakunya pemberontakan rakyat. Modal British dapat berkembang meluas mencari untung.

    Keuntungan berlipat ganda mencurah-curah masuk ke kota London. London menjadi kota terbesar dan terkaya dalam dunia - lebih besar dan ampuh dari Empire Rom. Tapi pesta ini hanya untuk sementara kerana ada lagi satu hukum alam yang tidak dapat di lawan: Dimana ada penindasan disitu pasti akan muncul penentangan. (TT)

    ReplyDelete
  29. GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU/NEW WORLD ORDER

    Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

    Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

    Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

    Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

    Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

    Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

    Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

    Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

    Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

    ReplyDelete
  30. para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

    Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

    Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

    Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

    Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

    Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

    Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

    ReplyDelete
  31. Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

    Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

    Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

    Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.
    Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

    Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

    Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.(TT)

    ReplyDelete
  32. to brother/sister anon August 28, 2009 8:10 AM

    Siapalah saya nak jawab soalan seperti itu..
    yang pasti kedua ibu bapa saya orang melayu.
    saya bangga jadi melayu dan menghormati kepada melayu lain. nak bergaduh sama melayu buat apa?

    cuba baca kata pesanan diawalan klip video di atas..
    "To all my brothers and sisters out there, Please do not fight among ourselves.. dedicated to all malays local and foreign.. amacam bob!"

    kalau tak minat nak jadi ketua melayu tak payah lah nak buat kecoh2 ala kampungan.. letih nak layan.

    kalau nak membantu orang-orang susah, kena pandai berdiplomatik/pendamai. jangan dok main hoi.. hoi.. kitakan melayu.. lagi nampak hensem kalau dok diam, dari dok hu ha hu ha..

    Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

    Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera

    wassallam

    ReplyDelete